Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada golongan miskin, B40 dan M40 mengikut kategori bujang, isi keluarga dan warga emas. berikut Cara Check Status STR 2024 :
Anda boleh untuk membuat semakan online status STR di portal melalui cara-cara berikut.
- Layari bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad Pemohon
- Klik Log Masuk MySTR
- ]Lalu klik Semak
- Maklumat status permohonan akan dipaparkan
Syarat Permohonan
I) KATEGORI ISI RUMAH
Pemohon :
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS) Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
Pasangan :
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
Anak :
Trending sekarang
Pendaftaran Program Subsidi Upah PERKESO (Wage Subsidy)
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
II) KATEGORI BUJANG
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
III) KATEGORI WARGA EMAS / TIADA PASANGAN
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas
Tarikh Bayaran STR 2024
Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:
- Fasa 1 : Februari 2024 (minggu 1 5-9 februari), (minggu 2 12-16 februari), (minggu 3 19-23 februari), (minggu 4 26-29 februari)
- Fasa 2 : April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
NOTA: Bayaran Fasa 1 akan dinaikkan kepada RM500 dan dijangka disalurkan sebelum Ramadan.