Bantuan SARA adalah Sumbangan Asas Rahmah yang pada awalnya hanya disalurkan kepada 210,000 golongan miskin dan miskin tegar yang berjumlah RM600. Namun tahun 2024, bantuan SARA telah diperluaskan pemberian kepada 700,000 penerima serta dinaikkan menjadi RM1,200.
Bagaimanakah check bantuan sara rm1200? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
SYARAT KELAYAKAN Bantuan SARA
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk penerima bantuan SARA yang bernilai RM1,200 seperti di bawah :
- Warga negara Malaysia
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARA RM1200
Bantuan SARA akan dibayar secara ansur selama tempoh 12 bulan iaitu akan dibayar sebanyak RM100 setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas dapur (berdasarkan 10 kategori yang ditetapkan) dan pembayaran hanya menggunakan MyKad sahaja di kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA RM1200 2024
Pembayaran Bantuan SARA akan dibayar secara ansur selama tempoh 12 bulan sebanyak RM100 setiap bulan bermula bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan bayaran akhir pada bulan Disember 2024.
CHECK BANTUAN SARA RM1200 2024
Ikuti cara check bantuan SARA di Portal Rasmi seperti berikut :
- Klik pautan di sini : atau apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx atau https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=en atau https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Pilih bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.